Sunday, July 24, 2011

Apa Faedahnya Kamu Mencarut?

Assalamualaikum...


Hari ini nak citer sikit pasal mencarut ni.. okay.. let's start.. enjoy your reading.. 

Dan dalam kehidupan kita sekarang, telinga kadang-kala terasa tertusuk dengan mata tajam lembing sakitnya mendengar budak-budak mencarut memekik terlolong mahupun disekolah, di taman-taman permainan, di restoran, di belakang rumah, di jalanan-jalanan pergi sahajalah kemana sahaja, ada saja budak-budak sekolah ni pastinya keluar perkataan 'indah' bagi mereka...

Apa hebatnya dengan menggunakan ayat mencarut dalam setiap perbualan kita ini? sejak bila cikgu-cikgu sekolah ada mengambil kerja dalam pengajaran bahasa mencarut, mana pulak diorang semua ni belajar mencarut... ce pikir ce pikir..

Tak ada dalam dunia ni, tak reti nak mencarut, kadang-kala ia terlepas juga hasil kerana kita juga yang gagal mengawal diri daripada godaan syaitan.. ingat, bahawa syaitan akan menggoda kita sehingga dia mendapat apa yang mereka ingin. mereka akan goda kita, sehingga buatkan kita lupa akan perlunya kita berbuat baik dalam kehidupan ini, mereka menarik kita supaya berbuat jahat dalam kehidupan ini dan dapat menyertai 'perjalanan' mereka ke tempat yang telah dijanjikan oleh-Nya...


"oi P***Mak ! kau pergi mana la tadi S**L !"

"aku pergi kedai la B***h !"

"B***h bukan nak call aku B**i"

kalau dah setiap ayat yang guna penuh dengan bahasa carut dia, itu juga satu doa... kalau kita panggil si kawan tu bodoh, lama-kelamaan korang tengok sendiri apa dia buat bertahun akan datang. Dia jadi seorang yang mampu menghadapi kehidupan ni dengan baik ke, dia kecundang terikut dengan gejala tak bagus ke, dia jenis yang buat perkara yang orang lain tak buat? fikir sendiri..

Dalam teguran, ada sesekali kita perlu berkasar, tapi bukan dengan cara mencarut, bukan dengan menghentam si polan tu, cukup dengan menigggikan suara, tegas biar dia takut dengan gesaan itu.. tapi pastikan tentang apa yang hendak dimarahkan... kalau pasal sebatang rokok, si kawan tu patahkan, kau pergi marah dia, mencarut tak tentu pasal dekat dia, apa yang baiknya? apa yang baiknya merokok dalam kehidupan? kalau tak hisap, boleh jatuh sakit, selsema.. Siapa suruh buat-buat buta tak baca mesej penting dekat kotak rokok tu awal-awal..

Kalau pula si anak yang degil tak mahu solat, kerja buang masa main facebook setiap jam. Bila di tegur solat tak mahu solat, nak chatting dengan awek, itu perlulah kita untuk jadi lebih tegas, jadi lebih kasar, tinggikan suara pastikan dia takut dan terus lari solat. Apa, nak kata solat dia tak ikhlas? niat sebab kena marah. Fikirkan pula, kita mula hidup, kena paksa keluar dari rahim ibu. Pernah kau minta untuk keluar? TAK, kita mula hidup, kita di paksa minum susu, pernah kau minta untuk minum? TAK, kita hanya menangis bukan? tapi mereka faham, kita PERLU.

Serupa juga dengan situasi aku kata, perlulah kita paksa si adik ni untuk melakukan kebaikan untuk kebaikan dia juga nanti.

Jadi ke mana pula datangnya bahasa mencarut yang mudah si budak budak sekarang belajar ni? pada pendapat aku, antara tempat mereka cepat belajar ;

: daripada kawan-kawan sendiri. Terpengaruh itu mudah, terikut apalah lagi. Sekali si kawan itu cakap, kita mula terasa hati, teringin untuk membalas, membela maruah yang tercalar, balas dan membalas, masing-masing punyai ego yang tinggi, masing-masing kini mula menunjuk taring, menunjuk kuat fizikal dengan bergaduh sesama sendiri. Akhir kata, sorang patah gigi, sorang patah hidung, dua orang bersuka ria melihat aksi manusia hilang kawalan mental. Syaitan ! Syaitan itu kejam, dan dengan kawalan minda sahaja, kita mampu melawan syaitan ni kembali.

: daripada pergaduhan mak bapak. Tidak semua pasangan keluarga dalam dunia ni aku rasa bahagia. ada juga yang pasangan yang masih belum temui jodoh yang sempurna. Kadang kala ada yang sampai bertengkar yang mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih dalam hubungan. Ada pula yang berakhir dengan tangisan hasil penampar sulung yang sebelum ini janji bagai sanggup berenang merentasi laut cina selatan semata membawa balik tiket konsert korea. janji bagai sanggup berada di sisi walau apa sahaja berlaku, janji bagai tidak akan pandang wanita lain selain yang telah ada, janji bagai mencintai hanya yang satu tiada yang lain. tetapi semua hanya pembohongan, tiadanya berakhir tangisan sehingga membawa kepada perceraian. Masing-masing membawa hala masing-masing dan anak-anak menjadi mangsa.

: daripada media massa. Kalau perasan, tidak hairan filem mana sekali pun, yang pasti cerita yang berbaur ganas-ganas yang aksi aksi pastinya membawa perwatakan imej yang tidak elok dengan membawa watak menggunakan dialog yang kasar, mencarut, memlakon aksi yang tidak sepatut di tonton. Media massa sekarang bukan hanya terdiri daripada televisyen saja, tapi sekarang dah ada youtube, internet, facebook, yang membuatkan segala informasi mudah tersebar mudah mengetahui apa perkembangan sekarang. Mengeluarkan kisah yang berbaur keganasan pastinya suatu tarikan oleh seluruh manusia ni, sebab kita dah dibiasakan dengan aksi sebegini hasil daripada cerita-cerita mat salleh. nak mengata pasal dorang, lagilah teruk kalau dibandingkan dengan kita.

kalau teringin untuk buat si kawan kita supaya sabar daripada terus marah, mencarut aku rasa sesuai dengan cara bagaimana sebuah kisah Rasulullah jika tak silap aku Dia memberi tips untuk orang yang sedang marah menjadi tenang.
-apabila dia sedang marah, arahlah dia supaya mengambil wudu' dan ingat pada Allah, jika tidak berkesan
-arahlah dia supaya duduk jika dia sedang berdiri dan berkeadaan marah.
-jika tidak berkesan, arahkanlah dia supaya baring jika dia sedang duduk.
-dan jika tidak silap aku, arahkan lah dia supaya mandi jika masih tidak berkesan.

Ini kerana, marah datangnya daripada syaitan sendiri dimana mereka pastinya akan ke neraka kelak. Jadi jika si syaitan ni berkaitan dengan api, maka api lawannya adalah air. tak ke macam tu cara dia? insyaAllah ini cara yang Rasulullah ajar, dimana ustaz-ustaz yang beritahu aku, bukan aku buat andaian sendiri. aku percaya ramai jugak yang tau ini. cuba buat buat lupa kan? hihi..


From: -Muhd Fadlin-

1 comment:

Nurul Nurfarahin said...

mintak izin share yea :)