Monday, August 01, 2011

Chronicles 301 Semester Satu


Okay... hari ni first day puasa.. setakat ni tak ada pape masalah yang timbul.. sebenarnya.. untuk pengetahuan korang, semalam sampai pukul 2 aku nak ubah sikit blog ni.. hahaha.. pelik kan? sebenarnya semalam tak ada mood nak tidur.. kalau online Facebook pun.. kena baca status kawan yang merepek tu.. hehehe.. jadi blogger jadi sasaran.. jadi, ada some gadget yang aku dah tambah dan ada gadget yang aku dah buang.. ada yang aku ubah sikit.. ermm.. sebenarnya dah tak ada idea nak tulis apa ni.. haa.. untuk pengetahuan korang, aku tengah berusaha ni.. ceh ayat tak boleh bla.. okay, aku tengah nak habiskan baca novel Chronicles 301 Semester Satu.. baru habis baca setengah novel tu.. 


haa.. kalau korang nak tahu, itulah rupanya novel tu.. korang tahu tak? novel ni ada sambungan tau.. jadi tak sabar pulak nak baca sambungan dia.. tak silap tajuk novel tu Chronicles 301 Salji Pertama..


itulah rupa dia.. ermm.. nak tahu tak sinopsis pasal Chronicles 301 Semester Satu tu? bestlah cerita tu! hehehe.. kalau nak tahu sinopsis.. korang kenalah beli novel tu sendiri.. hehehe.. gurau gurau.. okay.. ni sinopsis yang aku dapat dari belakang novel tu..



Kami- Jijah, Iman, Nisa dan Awa dengan ini berikrar akan sentiasa:
- Mengingati Tuhan
- Berkelakuan baik
- Menyayangi ibu bapa dan keluarga
- Mendapat gred yang baik dalam peperiksaan
- Tidak merosakkan Bumi dan isinya
- Memastikan bilik 301 dalam keadaan kemas dan bersih
- Menjaga persahabatan ini hingga akhir hayat
- Membantu mereka yang teraniaya
Di bilik 301, pertama kali mereka bersua. Karakter dan latar mereka berbeza, pelbagai ragam dan warna, namun itu yang menjadikan mereka seia sekata.

haa.. tulah sinopsis dia.. okay.. mengenai penulis novel tu pulak.. penulis novel ni ada 4 orang? haa? x pelah.. tapi hakikatnya.. memang 4 orang.. orangnye ialah:





Rasanya sampai situ je kot.. kalau ada novel yang best lagi.. aku share ye.. bye!


From: -Muhd Fadlin-

No comments: