Saturday, October 01, 2011

10 Cara Ucap "I Love You"


Hai hola hello bloggers.
Tadi blogwalking, then terjumpa satu artikel yang menarik perhatian saya.
HAHA, baca tajuk dah tahu kan? Okay, jom start.

10 CARA UCAP 'I LOVE YOU'

 Album Gambar

Beli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan girl/boy korang tu. Setiap muka surat, korang letaklah kata-kata yang indah-indah. Barulah nampak menarik dan mudah dihayati album tu kan?

Happiness only real when shared. 

  Sekuntum Bunga

Ini untuk lelaki tau, jangan perempuan lak buat. Parah nanti -.- Okay, letakkan sekuntum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari. Mesti dia seronok giler bila tengok ada bunga kat depan pintu rumah sebelum pergi kerja or kolej or sekolah. Hehe, walaupun sekuntum bunga tu agak murah, tetapi pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta barangnya sendiri. HAHA, bermadah-madah pulak.


 Message Puzzle

Okay, ini sangat menarik untuk dipraktikkan. Caranya, korang buat sebaris ayat cinta. Kemudian, potongkan nya, menjadi puzzle. Berikan pada si dia untuk mencantumkannya. For sure korang takkan menyesal punya bila lihat reaksinya menyelesaikan puzzle itu. Woaahh, boleh buat ni, gatal betul fadlin ni -.-


 Puisi Romantik

Luahkan rasa cinta korang tu melalui puisi atau madah ciptaan korang sendiri dan berikan kepadanya. Lebih baik lagi korang 'spray'kan minyak wangi favourite dekat kertas tu. Cara ini akan membuat si dia teringat kan kamu sentiasa.


 Love List

Berikan si dia 10 sebab kenapa korang mencinta si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur. Sebaliknya, korang hantarkan melalui post or suruh BFF korang hantarkan or kawan yang boleh dipercayai. Kalau korang hantar sendiri, confirm tak nampak special. Dan itu akan jadi perkara biasa jer. 

The Lists, To-dos and Illustrated Inventories of Great Artists Brain Pickings picture on VisualizeUs

 Gambar Terbaik

Korang tengok balik gambar-gambar yang pernah korang 'snap' dengan si dia. Then korang carilah gambar yang terbaik yang tercanik yang ada kenangan manis. Korang framekan gambar tu, dan hadiahkan dekat dia! Confirm si dia suka dan tersenyum tengok gambar tu. 


 Hadiah Buatan Sendiri

Bagi yang ada kelebihan menjahit, gunakanlah kelebihan korang tu. Korang buatlah skaf untuk si dia. Tak pun, beli saputangan dan jahitkan nama korang dengan si dia. Lepas tu, hadiahkan kepada si dia. Confirm si dia suka! Okay, untuk yang tak ada kelebihan menjahit tu, jangan risau. Korang boleh buat kad sendiri yang cantik dan menarik. Dalam kad tu, luahkan lah isi hati korang kepada si dia. seriously, saya dah pernah try ni. awesome :)


  Kongsi Rahsia

Okay, yang ini agak menarik buat for me, no. Korang beritahu lah rahsia korang dekat dia. Tapi, rahsia tu biarlah rahsia yang langsung korang tak pernah bagitahu sape sape. Si dia pasti akan bangga dan rasa dihargai kerana korang mempercayainya. Dengan ini, dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya!


 CD Lagu Kegemarannya

Hadiahkan CD lagu kegemarannya. tetapi, biarlah yang ada unsur love-love. Pasti dia akan menghayati baris-baris lirik lagu yang kamu beri padanya. Kata kepadanya yang lagu tu amat bermakna bagi korang sebab ianya mewakili hati korang. macam lagu ni:


♥. (1)



 Menonton Wayang!

Hehe, biarpun korang bercinta, namun ada jugak citarasa korang dengan si dia berbeza kan? Apa kata, korang korbankan sedikit, untuk menonton movie kegemaran si dia. Biarpun korang berkorban, dari situ, si dia akan mengetahui bahawa korang memang sangat caring terhadap dia dan korang sangat sayangkan dia. And lagi satu, kalau nak lagi power, bila dah tengok wayang tu, tiket wayang tu jangan buang! Kumpul dan simpanlah. Satu hari nanti, korang tunjukkanlah tiket tu dekat si dia. Tiket tu akan jadi kenangan manis buat korang.


Kalau dah baca, cuba lah buat. Mana tahu kot-kot berkesan. Good Luck!

Credits: Akak Lyssa
From: -Muhd Fadlin-