Sunday, January 15, 2012

Kawan : Penentu Siapa Diri Kita!



Assalamualaikum and Heyo.
Last update ialah pada 4 Januari 2012, masa first day sekolah. HAHA, maknanya dah 2 minggu tak hupdate dah. Okay, hari ni nak share sikit tentang Kawan. Semua orang ada kawan kann? :) 
Sebelum tu, entri ni saya kreditkan entri ni kepada AKAK ATIKA AULA :)

"Berkawan biar seribu, berkasih biar satu."

Semua setuju kan yang pepatah tu memang selalu kita dengar kan. Dan mungkin hampir basi di telinga kita. Namun, benar kata pepatah tu. Kawan tu biar ramai, tapi kekasih biar satu je. Betul kan? Tapi BFF or kawan rapat tu biar dalam bilangan yang sikit saja. Mungkin dalam 4 or 5 orang. Lagi bagus kalau seorang atau dua sahaja. Mungkinlah. Sebab secara fitrah, kita memang tak boleh hidup sorang sorang. Mesti nak berkawan. Tapi, sejauh mana kawan tersebut dapat mempengaruhi kita?

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri dan hidup setiap orang, malah ada yang lagi rapat dengan kawan kawan berbanding ibu bapa dan keluarga sendiri. Betul tak? HAHA, saya pun macam tu jugak. Kadang kadang tu, kita lagi senang dengar cakap kawan daripada cakap ibu bapa kan? Pengaruh kawan ni sangatlah besar kan? Hehe, susah nak lupakan kawan rapat ni.


Pernah tak dengar orang cakap, "kalau nak tahu perangai seseorang tu macam mana, tengok dengan siapa dia berkawan". Mesti pernah kann? Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul. Hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Oleh itu, kalau nak jadi baik, kita kenalah berkawan dengan orang yang baik sebab kita mesti akan cenderung dan terikut dengan tingkah laku dan amalan baik mereka. Perkara yang sebaliknya pula akan berlaku kalau kita berkawan dengan orang yang jahat.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


  

Kawan yang baik itu adalah kawan yang mampu menegur kita dengan cara yang berhikmah terutamanya bila kita melakukan kesilapan mampu untuk membuat diri kita gembira dan berkongsi masalah yang ada, mampu menolong dan tidak berkira, dan banyak lagi ciri-ciri kawan yang baik. InsyaAllah ada masa nanti saya share ciri ciri kawan yang baik ea :)


P/S: Jangan jadi macam gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut pulak :)

No comments: