Sunday, September 23, 2012

Permohonan ke SBP.




Assalamualaikum.

So biasalah. Untuk budak-budak PMR, mesti dah mula berfikir nak mohon ke SBP mana kan? Haih. Actually at first, tak berminat langsung kot nak mohon SBP ni. But then, bila tengok senarai sekolah-sekolah SBP ni, terdetik di hati nak mohon. Agak lawak di situ. Tapi, keinginan tu takdelah 100% beria-ria nak mohon. Just cuba nasib and in case kalau dapat, baru fikir nak pergi ke tak.

Belum mohon hantar permohonan sebab masih terfikir nak mohon sekolah mana. And tak bagitahu parents langsung pun pasal permohonan SBP ni. So, setelah disenarai pendekkan sekolah-sekolah yang ada, adalah dalam 4 buah sekolah yang tengah terpikir kat kepala ni haa..

1. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
Sekolah ni dekat Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Jauh kan? Hmm, but apa yang buat aku nak mohon sini sebab sukan dia lebih fokus ke tenpin boling. Kalau asyik nak belajar je 24 jam, susahlah hidup.

2. SM Sains Muzaffar Syah (MOZAC)
Sekolah ni dekat Ayer Keroh, Melaka. Takdelah jauh mana. Hmm sekolah ni pun fokus on tenpin boling. Jyeah. And lagipun aku tengok cikgu dia tak garang mana. Kalau cikgu garang, belajar sebenarnya tak masuk.

3. SM Sains Tuanku Munawir (SASER)
Hah, siapa je tak kenal sekolah ni kan? Dekat Seremban, Negeri Sembilan. Dekat giler dengan rumah aku. 5km pun tak sampai rasanya. Haha. So kalau mohon sini, rumah dekat. And for sure aku tahulah kemudahan-kemudahan yang ada dekat dengan sekolah tu. Kiranya, aku pahamlah apa untungnya kalau sekolah situ.

4. SM Dato' Abdul Razak (SDAR)
Okay. Sekolah ni dekat Sungai Gadut, Negeri Sembilan. Alaa sekolah yang dekat dengan stesyen radio tu.. LOL. Dulu dah dapat dah tawaran sekolah sini, but then pilih KGV. Sekolah ni pun rapat apa dengan KGV. Haa, entah kenapa tetibe rasa nak masuk pulak sekolah ni. Hehe. Pengetua KGV yang dulu pun pindah SDAR jugak kan? LOL. Dapat keistimewaanlah kan kalau mohon sini. Nampak Georgian mohon je, terus dapat. Lol just kidding.

See? Semuanya reasonable. But, maybe kena tanya pendapat parents jugak lah kan. Haha, memang wajib tanya pun. Tapi sebenarnya, kalau aku tak dapat pun tak kisah, as long as aku boleh stay dekat KGV tercinta ni ♥ Sweet tak? Banyak kot memori kat KGV, dari student biasa, jadi prefect, then jadi student biasa balik. Banyak aku belajar kat KGV ni. Sayang kalau nak tinggalkan. Jadi, kalau dapat mana-mana SBP pun, 60% aku still nak stay KGV jugak. Once a georgian, always a georgian. But yeah, ni semua penentu masa depan aku jugak. Hmm, tengok jelah apa yang jadi.

CARA-CARA MEMOHON SEKOLAH BERASRAMA PENUH.
Untuk korang yang tak tahu kat mana nak mohon SBP tu, meh aku ajar.
1. Pergi ke website http://www.moe.gov.my/.
2. Korang scroll ke bawah sikit, then akan jumpa e-Perkhidmatan.
3. Dah jumpa situ, make sure dah klik dekat Berkala.
4. Dekat tulisan warna biru banyak-banyak tu, korang cari Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan.
5. Klik. Then isi apa yang patut :)

Kbye.

Sing our school song, brings memory so sweet. With gratitude so deep we hail thee. 

No comments: