Monday, December 24, 2012

The Great Holiday Giveaway by Izyan Nazirah and Scha Feeqah



Assalamualaikum semua hai yang di sana di sini di situ. Nampak atas tu? haha yerp! Memang dah lama gila tak join giveaway and contest mana mana. Nyeh. Maka harini, merupakan hari bersejarah sebab saya join giveaway balik. Haha rasanya last join tahun 2011. Jadi bertuahlah Izyan dan Scha sebab saya join giveaway dorang :p


Untuk sesiapa yang ingin memeriahkan lagi giveaway dorang ni, sila klik banner di atas ni ye :) Tak rugi korang join sebab hadiah serious banyak gila (y) Masih sempat lagi join sebab tarikh tutup 31 Disember 2012.

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Follow blog Izyan dan Scha.
  2. Buat entry pasal giveaway ini dan hantarkan LINK ENTRI korang dekat SALAH SATU sama ada blog Izyan atau blog Scha.
  3. Wajib klik link yang dinyatakan.
  4. Wajib click/follow/like iklan-iklan sponsor.
  5. Warganegara Malaysia sahaja yang boleh menyertai tanpa kira umur, agama dan bangsa k.
  6. Tag 2 orang blogger.

Cara pemilihan pemenang adalah berdasarkan:
  • top referral
  • random.org 

Tag:



Haa dah macam saya pulak yang buat giveaway ni kan lol. Takpe harap harap buat entri ni berbaloi lah kan. Yang lain meh lah join, daripada tak berhupdate berhabuk blog tu, baik join giveaway ni haa. Jomlah! Kbye.

Thursday, December 20, 2012

My PMR Result.



Assalamualaikum.

Hey guys! I know it has been a long time since I didn't updated this blog. As you all know, yesterday, 19th December 2012 was the day of the PMR result been released. And yeah, i was the one who took my result yesterday. And today, i'm gonna share with you my PMR result.

3 years at KGV, and at the third year, was the very agonize year. Because all of the '97 know that they must faced ze PMR. And we did it. Okay now, allow me to speak in Malay. Puihh bajet orang putih je lol. So semalam, banguna awal sikit. Pukul 8 rasanya dah bangun dah. Lepas dah bangun semua, mandi, sarapan then bertolak pergi sekolah.

Sampai kat sekolah dalam pukul 10. Time tu nak kata ramai, memang tersangatlah tak. Then Farish text tanya dah sampai belum, then I said, dah. But still, i can't find him yesterday lol. So jalan terus pergi kat depan dewan. Depan dewan, jumpa Luqzan, Rusydan and Aizad. Sebenarnya ada beberapa orang lagi budak perempuan yang lain tapi takpayah pun takpe rasanya haha. Melihat muka mereka yang dalam kerisauan, ketakutan dan even diri sendiri dapat merasakan getaran takut tu. So then kitorang borak borak jelah depan dewan tu until yang lain sampai. Suddenly cikgu Roslin mintak tolong untuk angkat speaker dengan mikrofon from bilik dia. Then me and Aizad pun volunteer nak tolong, haha daripada berdiri je dekat situ kan. So then speaker and microphone tu kitorang letak atas dewan and after that, kitorang duduk kat luar balik. Lepastu bila Taufiq semua dah sampai, dorang decide nak pergi kantin. Dekat kantin baru jumpa Farish.

Dekat kantin, kitorang semua dah start cerita about kerisauan masing-masing about keputusan ni. Macam macamlah fakta yang tidak sahih keluar dari mulut mulut mereka. Ada yang kata gred turun, ada yang kata gred naik semualah. Dan ada sebilangan daripada mereka dah mencuba untuk memeriksa keputusan PMR mereka melalui SMS. Ada yang berjaya memeriksanya melalui SMS dan ada yang tidak. Tapi bagi aku sendiri, check SMS ke tidak, lambat laun kita akan tahu jugak. Daripada membazir kredit tu, baik tunggu je slip original nanti. Then ramai ramai bergerak ke koridor kelas tingkatan 3.

Dekat koridor tu barulah jumpa Aiman and Putera. Suddenly Alia datang and said, ayah dia dah check result dia via SMS. But ayah dia taknak bagitahu. Tapi kitorang bet, Alia mesti 8A punya, she's clever. So after that, kitorang borak borak. And Aiman sangatlah gelabah buat lawak yang sangat tak masuk haha. But yeah, he was trying to make us relax. Then dorang pasal game game sume and i was like, standing there and nyanyi lagu Taylor Swift lalala~ lepas tu nampak semua orang dah masuk dewan. Time tu barulah rasa dup dap dup dap.

Dalam dewan, masuk masuk je dah dengar orang menjerit sana, menjerit sini. Kalau dah menjerit jerit tu, 8A lew tu kan. Lepastu nampak Aimi dengan ayah dia. Hahahahaha sumpah lawak gila xD Aimi tarik tarik ayah dia suruh ambik result tapi ayah dia taknak lol. But at the same time, i'm still searching for my class. Jalan punya jalan, makin lama makin nak ke hujung, last last nampak kelas aku kat paling hujung sekali. Tertera dekat depan meja tu "3 IZZUDIN". Okey nampak dah classmate yang lain semua dah beratur. Suddenly dengar Huda and her mom menjerit. And dalam hati dah kata "Huda 8A?! Wow.." haha menjerit dia dengan mak dia. lepastu nampak Fazliatul buat muka sedih and she was crying. Then aku tanyalah dorang Fazliatul dapat berapa? Then dorang cakap "7A". Dalam hati aku tertanya tanya, kenapa dia nak sedih dapat 7A? Maybe frust sebab ada subject yang dia target A, dia dapat B. And then nampak Nurin pulak nangis. So dalam hati memang dah jangka, Nurin mesti 8A punya. Lepastu sape entah cakap dekat aku kata, Aizad 7A. And aku dah makin dup dap dup dap dup dap dup dap. If aizad sendiri 7A, maybe aku 7A or 6A jelah ni.. Aku and Aiman memang sengaja beratur last sekali sebab nervous sikit. Masa tengah tunggu tu, sempat jugak tengok gelagat budak budak kelas lain. Kelas sebelah kelas 3 Melewar. Nampaklah Ameer and Sobanna happy, obviously, dorang memang deserve 8A's pun. Lepastu Syaza and Alia datang kata "Faaaadd! Kitorang 8A!" and i was just give a smile sebab dalam hati dup dap kau.

And lastly, tibalah turn aku and Aiman untuk ambik result. Kitorang bukan beratur pun, kitorang berdiri sama sama sebelah sebelah. Then teacher dah confuse, teacher tanya "sape nak ambik dulu ni?" Aiman pergi tolak tolak aku, aku tarik tarik tangan dia haha. Pastu aku cakap, aku ambik dulu tapi kau sekali lah dengan aku. So, aku jalan then Aiman pun berdiri sebelah aku. Aku siap cakap lagi "Teacher jangan bagitahu dulu tau, nanti teacher terbalik kan dulu tau slip saya" then teacher cakap "ye ye okay okay saya tak tunjuk dulu" And at the same time, teacher cari cari slip aku. Lepastu teacher berhenti mencari and pandang at my slip with her daughter -.-" yelah sebab aku dengan family teacher rapat. So teacher letak slip aku atas meja dalam keadaan terbalik. Alia semua dah datang nak tahu. Aku still tak tengok lagi slip aku, aku ambik dulu sijil koko and sijil PEKA. Lepastu time Aiman nak ambik, adik Alia suruh tengok. And time tu aku beranikan diri, pegang slip aku, then aku terbalik kan, aku tengok. Hmm, aku anggukkan kepala. Aiman tanya "berapa weh berapa?" Lepastu nak letak slip tu atas meja but then terjatuh pulak, time nak ambik tu Alia tengok sekali slip aku dengan Haizi. Aiman dah ambik slip dia tapi dia tutup dia takut nak tengok. Lepastu, dia suruh aku tengok kan dulu. Haha aku pulak jadi orang first tengok slip dia lol. Tengok, aku angguk angguk kepala. Aku kata "Haa okay lah ni.." lepas tu dia dengan ayat biasa dia "tipu lah kau" haha then dia pergi dekat mak dia. Lepastu, aku duduk sebelah teacher and take a serious look at my result...


And... That was my result. Jangan main main, aku siap edit lagi tau haha. 6A2B. Well, time tengok tu, takdelah sedih. Cuma, siapa je tak hampa bila tak dapat 8A kan. But yeah, puas hati jugak sebenarnya, at least, i reached my target. Memang target 6A pun sebenarnya. And sebelum ni pun memang target B dekat Sejarah and KH. And bila result keluar, memang betul B dekat Sejarah and KH. So, nothing's suprised me lah. Anyway, alhamdulillah. Takdelah teruk mana tu kan? I asked teacher, "maknanya kelas kita, dua orang je dapat straight A?" teacher kata "aah yes." And even soalan tahun ni memang susah pun. Dan rasanya, batch kami paling teruk for PMR KGV. Cuma 87 orang sahaja dapat 8A. Tak pernah pernah KGV dapat bawah 100 pelajar yang dapat 8A. Paling rendah pun sebelum ni 98 je. And memang merudum jatuh gila result tahun ni. Comparing to last year, 128 orang yang dapat 8A. Tahun ni, 87. Jauh beza tu. Takpelah, but at least, KGV menduduki tangga ke-6 daripada top 10 sekolah terbaik PMR Negeri Sembilan. Tak silap carta dia macam ni..

1.   Kolej Tuanku Kurshiah.
2.   Sekolah Menengah Sains Rembau.
3.   Sekolah Datuk Abdul Razak.
4.   Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.
5.   Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
6.   Sekolah Menengah Kebangsaan King George V ♥
7.   SMKA Sheikh Haji Mohd Said.
8.   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.
9.   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas.
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri. 

See? KGV still on the list and pemegang Sekolah Harian Terbaik. Tengok list pun dah tahu, sekolah sekolah yang atas KGV semua SBP, and obviously KGV lah yang memegang Sekolah Harian Terbaik. Apa apa pun, KGV still awesome and tetap buat Negeri Sembilan bangga ♥

Memang diakui, keputusan PMR tahun ni menurun sebanyak 0.85% Tahun ini, bilangan pelajar yang mendapat straight A's is 30474 out of 440 643. Berbanding tahun lepas, seramai 34271. Dan pada tahun 2010, 30863 yang mendapat semua A. Jadi yang dah lepas biarkan lepas. Kepada sesiapa yang ambik PMR tahun depan, jangan risau, soalan korang mesti PALING SENANG sebab tahun ni PALING SUSAH dalam sejarah PMR. Lagipun tahun depan last year PMR kan so obviously, tak payah stress stress sangat. Sampai di sini sahaja rasanya. Fuhh, penat tangan menaip haha. Kbye.

Panjang jugak post aku ni kan. Haha. Yelah ini jelah yang boleh dijadikan kenangan dan tatapan mata bukan setakat untuk semua, malah diri aku sendiri. Nanti di masa depan, bila baca post ni balik, mesti akan teringat banyak kenangan ♥