Tuesday, March 01, 2016

Nukilan 1

Assalamualaikum.

Apa diperlu, cuba dibantu
akan dia mahupun sesiapa
belum sedari, kehadirannya penuh makna
dia tidak mengungkit, apatah lagi meminta minta
dia cuma diam dan semuanya ada di peti itu.

hidup kecilnya bukanlah indah
nian ceritanya lucu belaka, namun itu semua luahannya
melihat dia seakan semuanya bahagia padanya
hakikat itu dia tahu, semuanya ada di peti itu.

sungguh dia mengerti kini erti hidup sebenar di dunia
walau dia tiada sama dengan yang lain, dia cuba
peti itu semakin sarat dan dia tiada mampu
mungkin saat itu dia sedar, sebelumnya hidupnya hidup orang
kala dia cuba memikir, apa kurangnya dia
embun malam membasahi lalang gelap
semuanya masih tersimpan kemas, semuanya ada di peti itu.

detik ini, dia menyedari homo sapiens ini bernafsu
memilih dan melihat, sesuatu yang mendatang untungan
akan begitu dia tiada cara menempuh semuanya
dia terus cari benda yang pasti
lalu dicalit nukilan ini.

➡ andai waktu kecil, hatinya murni membantu orang, tatkala besar dilihat dunia suka menggunakannya, masihkah hatinya murni lagi?

No comments: