Tuesday, October 25, 2016

Jangan terlalu ikut perasaan


Salam kepada seluruh penduduk Bumi! (acah raksasa)
Haha mood elok sikit sebab tengah hujan, lepastu baru lepas drive. Tak tahulah but aku rasa macam aahh.... kalau drive dalam hujan. rasa macam entah rasa lega camtu rasa macam kentut kau tahan tiga minggu akhirnya akur untuk menonjolkan dirinya. Tapi tadi jalan takde ah teroxx sangat jam tu best, aku ni jenis rabun malam so bila hujan tu entah nampak entah tidak tapi still, drive dalam hujan best!

Jangan terlalu ikut perasaan!
Entri kali ni lebih kepada, pengawalan emosi ye anak-anak. Normal kalau dalam sehari tu ada je benda yang buat kita rasa tak senang, sebab kita semua ada perasaan. Lainlah kalau emotionless, bosan hidup gitu huhuhu. Kadang tu kita tengah duduk tenang tenang dengar lagu, tengok drama, secara tiba tiba tanpa diduga mak kau suruh kau keluar beli santan dengan suara yang memang sangat memerlukan santan! situasi menjadi tegang apabila kau membalas "alaah mak ni haish.." lepastu mak kau pun kata "copeklah ha! kang hangit ayam tu!". Ada dua pilihan, sama ada kau pergi beli atau tak. Katakan kau pergi beli, kau tetap gak dengan mulut tu nak ngomel sana ngomel sini hahahaha. kalau kau tak nak pergi beli, sama ada kau akan diam je buat tak dengar je atau pun kau melawan. jangan, jangan dilawan, jangan nak ngomel kuat kuat sebab apa, sebab kau tu macamlah selama ni function sangat kan sampai baru disuruh sikit dah acah primadona tengah panas bising sana bising sini ergh. Fikir, sebelum kita lafazkan any words, fikir apa akan jadi kalau kita cakap macam ni, apa jadi kalau cakap macam tu. Sebab apa, sebab menyesal tu ialah satu perasaan yang bagi aku memang untuk orang yang tamak tapi rugi ah, macam aku. dan semua. kenapa tercetusnya perasaan menyesal ni, tak lain sebab dari rasa tamak dan ego yang menggelegak-legak dalam halaman hati diri sendiri yang hanya mementingkan diri semata-mata.

Contoh, rasa tamak ni bukan bila takat makan je, contohnya macam tadi tulah. kau refuse apa yang mak kau suruh sebab kau dah khayal dah syok sangat tengok mv takpun anime, ataupun kau memang tengah malas gila. Malas tapi tak buat apa mak suruh pun dikira tamak gak, tamakkan kesenangan. kau nak kau je senang, padahal mak kau berkeringat masak tu ha, untuk bagi kau kenyang jugak. pls jangan selfish bila dengan family, takyah nak berkira sangat, dengan siapa lagi kau nak curahkan kasih sayang dan bakti kau, setakat beli santan je pun. Sebelum nak lawan apa mak cakap tu, ingatlah yang lidah tiga inci boleh membunuh manusia tinggi enam inci. Ngomel-ngomel tu biasalah, tapi kawallah, diam je, walau malas macam mana pun, walau geram, walau penat, walau marah macam mana sekali pun, diam je. Apalah sakit pendam rasa geram tu compare dengan sakit nak keluarkan kau dari perut, bela kau, cari duit nak bagi kau sedap nyonyot susu.


Berdiam itu lebih baik!
Ayat ni mungkin klise dan bila kau baca pun kau mungkin tak ada rasa apa apa. Selalu kan dengar orang kata "better keep then tell" tak pun "if you tell how do you feel no one would really care" takpun tweet yang saing saing gitu la. Sebenarnya point dia, bukan orang tu tak kisah ke apa, kadang benda kita luah tu, kita tak sedar yang orang tu pun terluka sebab dengar benda kita luah tu. Contoh, kau luah kat orang tu kau rasa macam dipergunakan lah kau ni dicari bila time susah lah apa lah bla bla bla weh kau sedar tak amende kau buat? Kau sesuka tuli je cakap, kau pikir tak orang tu rasa macam mana? Lepastu kau expect a response, takpun kau expect orang tu akan apologize, memang tak ah. Ingat pls, semua benda berlaku ada sebab. Memanglah kau pun rasa sakit sebab rasa macam kena ignore neglected semua, but tak bermakna kau boleh hempas pam! centu je dekat orang tu. katakan kau dah cakap benda benda kau geram semua, okay then now what? kau expect orang tu akan rapat dengan kau balik lalu kalian pun menjalani kisah bahagia bersama-sama like wth? Even if it did happen, the feelings would never be the same. Apa main point aku kat sini, meluahkan dekat orang tu bukanlah cara yang bernas dan bijak, tapi nampak macam desperate sikit ah. Boleh kalau kau nak luahkan but pls not in an emotional way, or not with tears and hingus pls. Dalam masa gelak-gelak gurau-gurau tu ha apa lagi kau baling ah satu! "Hahahahha yelah aku pun sekarang gi kebun jalan sorang je" walaupun nampak macam tak masuk kan, tapi benda tak masuk ni orang akan ingat tau, sebab statement kau tu macam takde kena mengena. Lepastu dia akan pikir tau tau tau. dia akan pikir pikir pikir dan dia akan paham gak. Kalau tak jadi jugak! kau ws dia "rindu" gitu ha konpom dapat maki sekali hahaha maki tu kan tanda sayang lol. Takpun jadi macam aku, tulis je segala kat blog, lepastu bukak tumblr reblog gambar gambar  hahhaha. After all, jalan yang paling tough and what most people with high-level-sabr do is, diam. Sebab dia tahu yang Allah tahu apa dia rasa. dan apa dia rasa tu pun dia tahu Allah yang bagi. mungkin sebab sebelum sebelum ni kita pun ada gak ignore kengkawan tapi kita tak sedar sebab kawan tu pun diam je. Even some may say that communication won't pop out that way, but you know the best. Lain orang lain cara dia handle kan. Cuma ingatlah kuasa Allah tu tiada tandingannya.

Sacrifice yourself. selalu kan dengar "pelangi muncul selepas hujan lebat" hm teringat drive dalam hujan tadi lol kay. Tak salah pendam and doa, sebab bila kita pendam tu, rasa sakit kan. tapi bila sekali bahagia tu datang peh masyaAllah rasa berbaloi rasa bersyukur sangat kau berada dalam situasi sakitnya pendam rasa sebelum tu. Saat bahagia tu datang, sambutlah dengan sederhana, sebab duka pasti tiba selepas bahagia. so takyah nak over sangat. takde benda yang kekal. nothing lasts forever gitu. Aku ni pun kadang memang tersetan sana sini tapi normal lah kan, semua macam tu, kadang bila suka sangat ha bantai nasi 3 pinggan gunung kinabalu. hahahaha tapi lepastu istighfar lah, cepatlah sedar balik yang bahagia tu pun tak kekal lama. Kita sama-sama ubah diri jadi lagi baik ye hm ustard ustard angat.

Aku cuma share pandangan aku or apa yang aku rasa, if kau rasa kau ada pendapat lain komen je takdehal lah 8)

Di sini ada hadis sikit tentang sabar;

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, “…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; “Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut”.
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya.
[Hadis Riwayat Muslim]

Source

P/S: Result final haritu dah keluar grr sem depan nak study awal! (mungkin pembohongan)
.fad